-->
BUATMU kaum IBU

Followers

Friday, December 9, 2011

Seks dan Vagina

Fakta-fakta Seks dan Vagina

  • Vagina merupakan ruang yang dikelilingi oleh dinding. Biasanya, dinding-dinding ini bergabung bersama dan menghasilkan hanya satu ruang berpotensi. Ruang ini boleh memanjang dan mengembang semasa persetubuhan. Di akhir persetubuhan, dinding ini mungkin akan mengecil kembali. Sebab itulah sesetengah wanita mengadu yang mereka rasa sangat “ketat” selepas tidak bersetubuh untuk satu tempoh yang lama.
  • Beratus-ratus hujung saraf yang terdapat di vagina memberikan rasa sensasi. Tisu utama untuk sensasi rasa seksual merupakan kelentit yang berstruktur benjol yang dijumpai pada bahagian atas vulva. Ia sangat sensitif ketika dipegang dan dirangsang.
  • Vagina biasanya lembap kerana terdapatnya lelehan yang melalui serviks ke laluan vagina. Semasa terangsang, darah yang mengalir ke vagina semakin meningkat. Sensasi rasa kepenuhan mungkin dirasai di kawasan vagina. Ini disebabkan oleh kesesakan atau pengumpulan darah di kawasan tersebut. Kesesakan menyebabkan cecair meresap melalui dinding vagina. Kelenjar yang terletak di pembukaan vagina juga menghasilkan lelehan pekat yang menyediakan vagina untuk persetubuhan. Cecair dan lelehan dari kelenjar membuatkan vagina menjadi lembap dan menghalang sebarang kesakitan atau kecederaan semasa pertubuhan.
Selaput dara
Selaput dara merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada membran vagina. Kamu mungkin telah membaca dalam novel-novel yang ia dipanggil sebagai selaput dara. Ia wujud sejak kamu lahir dan meliputi sebahagian atau sepenuhnya pembukaan vagina. Bayangkan selaput dara ini seperti penutup nipis yang menutupi sedikit mulut cawan. Biasanya akan terdapat satu lubang di tengah. Dalam beberapa kes, selaput dara mungkin menutupi keseluruhan pembukaan vagina dan mungkin memerlukan pembedahan untuk membolehkan darah haid keluar. Selaput dara biasanya elastik. Selaput dara yang masih belum pecah dikaitkan dengan kedaraan. Semasa persetubuhan buat kali pertama, selaput dara mungkin koyak dan ia akan menyebabkan pendarahan dan kesakitan. Untuk sesetengah wanita, selaput dara mereka lebih elastik dan tidak koyak tetapi meregang hanya semasa persetubuhan. Dalam sesetengah kes, selaput dara masih kekal walaupun persetubuhan telah dilakukan. Bayangkan selaput dara seperti cincin yang boleh meregang sehingga tahap tertentu dan mungkin masih mudah koyak walaupun semasa perbuatan biasa seperti berbasikal dan ketika melakukan split. Gadis remaja mungkin cemas mengenai terkoyaknya selaput dara mereka dan kehilangan dara dalam proses tertentu tanpa melakukan persetubuhan. Ini tidak sepatutnya menghalang kamu daripada menjadi seorang yang menggemari aktiviti luar dan berseronok. Teruskan bersenam dan kekal aktif. Nikmatilah kehidupan!
Posted by Unknown at 11:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

islamic

ape cer???


Shoutbox

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (25)
    • ►  June (1)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (14)
  • ▼  2011 (69)
    • ▼  December (30)
      • Wanita soleha menurut pandangan Islam
      • Tentang Darah: Kehilangan Darah & Kekurangan Zat Besi
      • Permulaan Baru Buat Kamu
      • Asas Kitaran Haid
      • 7 rahsia tentang wanita dari cara berjalan
      • Wanita lamar lelaki amalan terpuji
      • Apa yang Terjadi pada Vagina Saya Semasa Kehamilan?
      • Pemeriksaan Pelvik: Periksalah Serviks Tu!
      • Pap Smear: Pertahanan Terbaik melawan Kanser Serviks
      • HARI IBU ADALAH "HARAM"
      • Cantik Jadi Perhatian
      • 7 sebab kenapa lelaki hilang minat pada seseorang ...
      • Mengesan Jangkitan Vagina
      • Kegatalan Vagina: Oops Jangan Tergaru-garu!
      • Lelehan Vagina: Ketahui segalanya!
      • Seks dan Vagina
      • Vagina: Sayanginya Luar dan Dalam
      • 10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan
      • Petanda Wanita Jatuh Cinta Dengan Lelaki
      • 20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin
      • 10 Jenis Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki
      • Cara Nak Tahu Gadis Tiada Dara
      • 24 peringatan untuk wanita
      • 9 jenis wanita yang ada dalam neraka
      • Doa Buat Orang Sayang Kat Kita
      • Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab
      • Kenali Wanita Melalui Bantal
      • Wanita Cantik Menyihatkan Lelaki ?
      • Ciri-ciri wanita Yang Cantik
      • 11 tentang Lelaki yang Wanita Harus Tahu
    • ►  November (39)
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

AA

Travel theme. Theme images by tillsonburg. Powered by Blogger.