Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung dan moody. Ini menandakan permulaan kitaran haid kamu, iaitu apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap bulan. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang lain.
Berapa lamakah satu Kitaran Haid?
Biasanya ia akan berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Kamu boleh menganggap kitaran yang 21 hingga 35 hari sebagai normal. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.
Apakah yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period kamu, otak kamu akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.
Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus kamu sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini akan runtuh. Period kamu akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks kamu dan terus ke vagina.

No comments:
Post a Comment