Sebaik sahaja budak perempuan mencecah umur 11 atau 12, mereka mula didatangi period. Biasa juga untuk sesetengah budak perempuan didatangi period kali pertama seawal umur 9 atau 10. Tapi awas, sekiranya kamu dah berumur 16 dan masih belum didatangi period, kamu perlu berjumpa dengan doktor.
Apabila kamu mula mendapat period, ini bermakna kamu semakin melangkah ke alam kedewasaan untuk menjadi wanita. Untuk bertukar dari seorang gadis ke wanita, terdapat banyak perubahan yang akan berlaku! Tubuh dan minda kamu mula bertukar. Kamu mula memberikan lebih tumpuan terhadap tubuh kamu kerana payudara semakin besar dan kamu mula ada akne. Kamu juga mula meminati seseorang dan lebih gemar bersendirian. Semua ini adalah normal dan sebahagian daripada proses membesar.
Antara tanda-tanda sebelum period kali pertama kamu berlaku:
Semasa period kali pertama, period kamu mungkin akan lebih lama berbanding biasa. Bilangan hari untuk period seorang gadis adalah di antara 3 hingga 8 hari. Kamu mungkin tidak akan period setiap bulan semasa dua tahun pertama. Period kamu juga mungkin lebih lama atau sekejap pada masa ini. Ia kemudiannya akan menjadi lebih normal apabila kamu semakin berumur dan tubuh kamu menyesuaikan diri dengan perubahan.
Apakah kitaran haid yang normal?
Jumlah darah yang keluar ketika haid mungkin berbeza antara wanita. Ia mungkin kelihatan lebih banyak apabila kamu melihat terdapatnya kesan darah pada tampon atau pad tapi biasanya ia cuma 2 hingga 5 sudu besar atau pun 30 hingga 80ml darah. Aliran darah mungkin lebih banyak dalam masa dua hari pertama dan semakin berkurangan pada hari seterusnya. Bilangan tampon atau pad yang kamu gunakan juga mungkin boleh menjadi panduan sekiranya kamu berdarah lebih daripada biasa. Sekiranya kamu biasa menggunakan 2 pad dalam masa sehari dan tiba-tiba perlu menukar pad setiap jam, ini bermakna terdapat banyak darah yang keluar. Peka terhadap corak haid kamu dan perhatikan sebarang perubahan.
Antara tanda-tanda sebelum period kali pertama kamu berlaku:
- Kamu mungkin berasa sedikit kembung dan moody. Selera makan kamu juga bertambah dan kamu mengidam untuk memakan hidangan tertentu
- Kamu mungkin merasa sakit di bahagian vagina atau pun kaki dan bahagian belakang kamu.
- Terdapat perubahan pada lelehan vagina kamu. Lelehan yang lebih pekat atau berwarna coklat mungkin merupakan tanda yang kamu akan period tak lama lagi.
Bagaimana saya patut bersedia untuk menghadapi period?
- Kamu mungkin rasa sedikit takut atau sedih bila ia berlaku. Untuk budak perempuan, melihat kotoran pada seluar dalam mereka mungkin agak menakutkan pada kali pertama. Biasalah tu! Bila kamu period, lekas beritahu ibu, makcik atau kakak. Mereka akan berikan tuala wanita dan bantu kamu memakainya.
- Ibu akan membantu kamu untuk mendapatkan tuala wanita yang sesuai. Tampon juga boleh digunakan terutamanya jika kamu aktif bersukan. Kamu mungkin memerlukan sedikit praktis untuk memasukkan tampon. Untuk period kali pertama, penggunaan tuala wanita adalah lebih mudah. Pilih untuk menggunakan pad yang lebih panjang atau tebal untuk mengelakkan kebocoran.
- Sekiranya kamu rasa sakit, minta ibu untuk berikan kamu pil penahan sakit. Jangan ambil pil sembarangan! Beritahu mana-mana orang dewasa terlebih dahulu sebelum mengambilnya.
- Pastikan diri kamu bersih ketika didatangi period. Gunakan sabun lembut tidak berbau atau gel untuk membersihkan bahagian tersebut.
- Pentingkan kesihatan. Makanlah banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Lakukan senaman setiap hari. Terlalu banyak tekanan dan diet akan mengganggu kitaran haid kamu. Sesetengah gadis yang kehilangan berat badan secara drastik atau mereka yang agak obes akan mengalami kekejangan ketika haid dan kitaran yang tidak teratur.
Semasa period kali pertama, period kamu mungkin akan lebih lama berbanding biasa. Bilangan hari untuk period seorang gadis adalah di antara 3 hingga 8 hari. Kamu mungkin tidak akan period setiap bulan semasa dua tahun pertama. Period kamu juga mungkin lebih lama atau sekejap pada masa ini. Ia kemudiannya akan menjadi lebih normal apabila kamu semakin berumur dan tubuh kamu menyesuaikan diri dengan perubahan.
Apakah kitaran haid yang normal?
Jumlah darah yang keluar ketika haid mungkin berbeza antara wanita. Ia mungkin kelihatan lebih banyak apabila kamu melihat terdapatnya kesan darah pada tampon atau pad tapi biasanya ia cuma 2 hingga 5 sudu besar atau pun 30 hingga 80ml darah. Aliran darah mungkin lebih banyak dalam masa dua hari pertama dan semakin berkurangan pada hari seterusnya. Bilangan tampon atau pad yang kamu gunakan juga mungkin boleh menjadi panduan sekiranya kamu berdarah lebih daripada biasa. Sekiranya kamu biasa menggunakan 2 pad dalam masa sehari dan tiba-tiba perlu menukar pad setiap jam, ini bermakna terdapat banyak darah yang keluar. Peka terhadap corak haid kamu dan perhatikan sebarang perubahan.
No comments:
Post a Comment