-->
BUATMU kaum IBU

Followers

Tuesday, December 13, 2011

Pemeriksaan Pelvik: Periksalah Serviks Tu!

Apakah itu pemeriksaan pelvik? Bagaimana ia dilakukan?
Apabila kamu mula risau mengenai perubahan yang berlaku terhadap kitaran haid atau lelehan vagina, doktor mungkin melakukan pemeriksaan pelvik untuk memeriksa organ seks kamu. Sebelum pemeriksaan, kamu akan diminta untuk menanggalkan baju dan pakaian dalam. Kamu juga mungkin diminta untuk membuang air kecil sebelum pemeriksaan. Sehelai selimut akan menutupi bahagian atas tubuh kamu dan bahagian bawah tubuh kamu akan didedahkan untuk pemeriksaan. Kamu akan diminta untuk
baring, menaikkan kaki dan bahagian belakang kamu akan disokong dengan rakap. Semasa pemeriksaan, doktor mungkin memasukkan jarinya yang bersarung untuk merasa atau memeriksa organ seks kamu seperti ovari atau uterus. Peralatan besi yang dipanggil spekulum mungkin dimasukkan ke dalam salur vagina untuk membuka dinding vagina dan melihat vagina dan serviks secara terus. Pap smear juga mungkin dilakukan semasa pemeriksaan pelvik untuk mendapatkan sampel daripada serviks dan vagina untuk pemeriksaan lanjut. Cuba untuk relaks dan beranafas secara normal agar kamu sentiasa tenang.

Patutkah saya takut dengan pemeriksaan pelvik? Sakit ke?
Kamu mungkin sedikit bimbang atau takut untuk menjalani pemeriksaan pelvik. Biasalah tu. Namun begitu, perasaan bimbang atau takut tidak patut membantutkan hasrat kamu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terutamanya apabila perlu. Luahkan perasaan kamu pada doktor sekiranya kamu rasa bimbang atau takut. Soalan seperti: Sakit ke? Berapa lama pemeriksaan ini? Bila boleh tau keputusan?, merupakan antara soalan yang boleh ditanya. Mengetahui maklumat mengenai prosedur akan membuatkan kamu lebih tenang. Semasa pemeriksaan, spekulum iaitu besi panjang atau peralatan plastik akan dimasukkan ke dalam salur vagina. Ia akan membuka dinding vagina agar doktor kamu boleh melihat vagina dan serviks. Untuk wanita muda yang tidak pernah melakukan hubungan seks, spekulum yang nipis dan pendek akan digunakan. Spekulum akan dihangatkan dan diselaputi pelincir sebelum dimasukkan untuk mengelak sebarang ketidakselesaan atau kesakitan. Jika kamu berasa sakit, beritahulah pada doktor. Jangan takut ya!

Apa yang penting sangat mengenai pemeriksaan ini? Bunyinya macam rumit je.
Demi kebaikan kamu, lebih baik kamu bersifat terbuka dalam menerima nasihat atau pandangan daripada ahli keluarga atau doktor. Kami tahu yang organ seks mungkin tidak diperiksa ketika pemeriksaan kesihatan biasa. Tidak seperti jantung yang berdegup atau memberikan bunyi ketika seseorang itu bernafas, uterus atau vagina perlu dipegang atau dilihat untuk mengesan sebarang penyakit. Sebab itulah pemeriksaan pelvik dilakukan. Ia membolehkan doktor untuk melihat vagina dan serviks secara terus menerus. Melalui Pap smear, sampel mungkin diambil dari permukaan serviks untuk melihat sebarang keabnormalan dalam serviks.
Posted by Unknown at 1:39 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

islamic

ape cer???


Shoutbox

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (25)
    • ►  June (1)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (14)
  • ▼  2011 (69)
    • ▼  December (30)
      • Wanita soleha menurut pandangan Islam
      • Tentang Darah: Kehilangan Darah & Kekurangan Zat Besi
      • Permulaan Baru Buat Kamu
      • Asas Kitaran Haid
      • 7 rahsia tentang wanita dari cara berjalan
      • Wanita lamar lelaki amalan terpuji
      • Apa yang Terjadi pada Vagina Saya Semasa Kehamilan?
      • Pemeriksaan Pelvik: Periksalah Serviks Tu!
      • Pap Smear: Pertahanan Terbaik melawan Kanser Serviks
      • HARI IBU ADALAH "HARAM"
      • Cantik Jadi Perhatian
      • 7 sebab kenapa lelaki hilang minat pada seseorang ...
      • Mengesan Jangkitan Vagina
      • Kegatalan Vagina: Oops Jangan Tergaru-garu!
      • Lelehan Vagina: Ketahui segalanya!
      • Seks dan Vagina
      • Vagina: Sayanginya Luar dan Dalam
      • 10 Jenis Lelaki Yang Patut Anda Tinggalkan
      • Petanda Wanita Jatuh Cinta Dengan Lelaki
      • 20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin
      • 10 Jenis Kekejaman Perempuan Terhadap Lelaki
      • Cara Nak Tahu Gadis Tiada Dara
      • 24 peringatan untuk wanita
      • 9 jenis wanita yang ada dalam neraka
      • Doa Buat Orang Sayang Kat Kita
      • Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab
      • Kenali Wanita Melalui Bantal
      • Wanita Cantik Menyihatkan Lelaki ?
      • Ciri-ciri wanita Yang Cantik
      • 11 tentang Lelaki yang Wanita Harus Tahu
    • ►  November (39)
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

AA

Travel theme. Theme images by tillsonburg. Powered by Blogger.