-->
BUATMU kaum IBU

Followers

Friday, June 15, 2012

Berdosa abai ibu bapa


Pada awalnya si ibu dibawa bermalam di hotel murah mungkin dengan alasan membawanya bercuti. Namun akhirnya ditinggalkan berseorangan di kamar hotel. Bayangkan selepas beberapa hari ditinggalkan, baru disedari oleh pekerja hotel yang prihatin.
Read more »
Posted by Unknown at 2:43 AM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, March 6, 2012

Usah buka aib insan lain

BARU-baru ini, saya sempat mengikuti satu kuliah Maghrib yang disampaikan seorang ustaz berkisarkan riba. Ustaz itu sempat membacakan hadis diriwayatkan Abdullah Bin Mas’ud.
Read more »
Posted by Unknown at 11:56 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hiburan Islam didik jiwa

Read more »
Posted by Unknown at 11:47 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Fahami doa minta Allah tunjukkan jalan lurus

Read more »
Posted by Unknown at 11:42 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sifat pemaaf mampu elak perpecahan

PEMAAF antara sifat luhur yang perlu ada dalam diri setiap Muslim. Banyak ayat al-Quran dan hadis. menekankan keutamaan sifat itu. Ia juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).
Read more »
Posted by Unknown at 11:33 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Hiburan positif tenangkan jiwa

RAMAI daripada kita gemarkan hiburan dan sesetengah mereka menganggap hiburan menjadi keperluan bagi mengurangkan tekanan dan menyegarkan emosi.
Read more »
Posted by Unknown at 11:29 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 4, 2012

10 Sahabat Rasulullah S.A.W yang di jamin masuk SYURGA !!

Sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk surga berdasarkan hadits berikut: Tercatat dalam “ARRIYADH ANNADHIRAH FI MANAQIBIL ASYARAH“ dari sahabat Abu Dzar ra, bahwa Rasulullah masuk ke rumah Aisyah ra dan bersabda: “Wahai Aisyah, inginkah engkau mendengar kabar gembira?”Aisyah menjawab : “Tentu, ya Rasulullah.” Lalu Nabi SAW bersabda, ”Ada sepuluh orang yang mendapat kabar gembira masuk surga, yaitu : Ayahmu masuk surga dan kawannya adalah Ibrahim; Umar masuk surga dan kawannya Nuh; Utsman masuk surga dan kawannya adalah aku; Ali masuk surga dan kawannya adalah Yahya bin Zakariya; Thalhah masuk surga dan kawannya adalah Daud; Azzubair masuk surga dan kawannya adalah Ismail; Sa’ad masuk surga dan kawannya adalah Sulaiman; Said bin Zaid masuk surga dan kawannya adalah Musa bin Imran; Abdurrahman bin Auf masuk surga dan kawannya adalah Isa bin Maryam; Abu Ubaidah ibnul Jarrah masuk surga dan kawannya adalah Idris Alaihissalam.”
Read more »
Posted by Unknown at 8:46 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kePentingan Mentaati Rasulullah SAW

Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang mendurhakaiku, maka dia telah mendurhakai Allah. Begitu pula, barangsiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku, dan barangsiapa mendurhakai petugasku, maka dia telah mendurhakaiku.' (Riwayat Bukhari)
Read more »
Posted by Unknown at 8:34 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, February 6, 2012

Awak, boleh jadi awek saya???

Read more »
Posted by Unknown at 11:38 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, February 4, 2012

Perubahan Payudara: Ketahui Setiap Tahap

Payudara seorang wanita merupakan simbol keperempuanannya. Sebab itulah seorang wanita itu sangat mengambil berat tentang saiz dan bentuk payudaranya. Menjaga payudara dengan baik dan melakukan pemeriksaan ke atasnya merupakan salah satu cara untuk memastikan kesihatan seorang wanita.
Semasa peringkat awal remaja, payudara kamu yang sedang membesar mungkin membuatkan kamu tak selesa. Biasalah tu! Kamu cuma perlu memerhatikan perubahan itu. Untuk mengelakkan ketidakselesaan, lakukan sesuatu ke atasnya untuk membuatkan kamu rasa ok.
Membeli coli pertama kamu.
Tak apa kalau kamu rasa tak selesa apabila payudara kamu mula membesar. Ia mungkin akan sedikit sakit atau senstif apabila kamu banyak melompat atau berlari. Gadis akan mula memakai coli apabila payudara mereka mula menguntum. Masa inilah kamu boleh meminta bantuan ibu atau kakak kamu untuk memilih coli yang bagus dan sesuai.
  • Melekap pada badan kamu! Minta bantuan jurujual untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ukuran datang dalam bilangan nombor diikuti dengan huruf. Huruf menandakan saiz cup atau saiz payudara kamu sementara nombor menunjukkan berapa lebar belakang kamu. Cup yang bersaiz A mungkin sesuai sekiranya kamu mempunyai payudara yang kecil. Jangan takut untuk mencuba pelbagai coli dan pilih yang mana kamu rasa sesuai dan selesa.
  • Ahh selesanya. Pilih coli yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan selesa dipakai. Sekiranya ia rasa agak gatal, tak perlulah kamu beli juga walaupun ia mengisi payudara kamu dengan baik. Apabila kamu mula berpeluh, bahan yang gatal itu akan merengsakan kulit kamu. Eeee rimas!
  • Elakkan terlalu banyak dawai. Kamu tak perlukan coli yang berdawai sekiranya kamu baru mula memakai coli. Kamu mungkin berasa tak selesa. Ingat, kamu mesti utamakan keselesaan. Pilih coli tanpa dawai jika kamu gemar bersukan atau aktif orangnya. Dawai akan memberikan sokongan. Dengan saiz cup yang lebih kecil, coli tanpa dawai tentu akan lebih menyelesakan.
  • Dapatkan tali coli yang bagus. Tali coli yang lebar memberikan sokongan yang lebih baik. Terpulanglah pada kamu. Tali yang lebih nipis dengan perincian cantik seperti riben atau renda mungkin kelihatan cantik. Sekiranya kamu suka bersukan, dapatkan coli bertali yang lebih besar yang padan dengan kamu. Pilihlah yang paling selesa buat kamu ya!
Buatkan payudara kamu kelihatan cantik!
Siapa yang mahu payudara besar? Payudara kamu dijadikan sesuai dengan tubuh kamu. Jadi jagalah ia sebaiknya dan pastikan ia tegang. Mantapkan payudara kamu dengan beberapa senaman ringkas:
Tekan tubi Buat tekan tubi kamu dari lengan hingga ke lutut. Mula dengan bilangan 8 ke 12 setiap hari. Kamu boleh ulanginya sebanyak 2 hingga 3 kali. Rehat selama 15 saat di antara setiap kiraan.
Angkat berat Ambil dumbel yang dah lama ditinggalkan tu. Sekiranya ini kali pertama kamu menggunakannya, mula dengan berat 2 atau 3 paun. Jangan terus menggunakan yang berat. Kamu boleh menambah berat badan kamu selepas melakukan senaman ini untuk satu masa.
Baring di lantai dengan memegang dumbel. Angkat tangan kamu secara menegak dari bahu dan angkat berat tersebut. Lihat pada siling. Balik semula ke posisi awal dan lakukannya dalam kiraan 12. Ulangi set ini 2 atau 3 kali sehari. Sekiranya kamu tak ada dumbel, isi botol plastik dengan 500ml air dan gunakannya. Kenalah kreatif sikit!
Pemeriksaan Payudara Sendiri (SBE)
Apabila kamu berumur 20 tahun, kamu mungkin mula menyedari terdapatnya perubahan atau ketulan pada payudara. Tak semua ketulan itu merupakan kanser payudara tetapi langkah terbaik adalah dengan mengenali payu dara kamu melalui Pemeriksaan Payu Dara Sendiri (Self Breast Examination atau SBE). Lakukan SBE seminggu sekali atau selepas period. Kamu boleh melakukannya dengan baring atau semasa mandi. Relakskan diri kamu ketika melakukannya. Kamu juga boleh melakukannya sekerap yang mungkin terutamanya sekiranya kamu mempunyai ahli keluarga dengan sejarah kanser payudara.
  • Guna tiga jari tengah dan tekan perlahan payudara secara membulat bermula pada puting kamu dan menghala ke luar. Tambah tekanan kamu untuk merasa sebarang ketulan atau sakit. Kamu juga boleh melakukannya secara ke atas dan ke bawah. Pastikan kamu telah memeriksa seluruh bahagian payu ara.
  • Dengan tiga jari tengah kamu juga, rasa bahagian berdekatan tulang selangka dan tulang dada. Ulangi pemeriksaan ini pada payudara sebelah. Cuba rasa ketiak kamu dan perhatikan sebarang ketulan atau benjolan pada bahagian tersebut.
  • Dengan ibu jari dan jari tengah, picit puting kamu dan perhatikan sebarang perubahan pada warna kulit atau lelehan.
Dengan mempelajari bagaimana untuk memeriksa payudara, kamu mula lebih bertanggungjawab terhadap tubuh kamu. Jika terdapat sebarang perubahan pada payudara kamu, jangan lekas panik. Pergilah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
Soal Jawab Payudara
Kenapa payudara terasa sakit atau lebih sensitif apabila period semakin dekat?
Walaupun ia menyebabkan kamu tak selesa, kamu tak perlu risau mengenainya. Kamu akan rasa yang payudara kamu agak keras dan penuh sebelum period. Ketika inilah, sentuhan yang lembut pun akan membuatkan kamu mengaduh kesakitan. Kesakitan ini disebabkan tisu payu dara bengkak kerana tahap kandungan estrogen yang tinggi dalam tubuh. Tuamkan dengan tuala suam dan biarkan ia di situ sehinggalah sakit berkurangan. Kurangkan meminum air kerana pada masa ini tubuh kamu menyimpan air apabila tahap estrogen tinggi. Lebihan air akan membuatkan payudara kamu terasa penuh. Kalau terlalu sakit, kamu mungkin boleh mengambil pil tahan sakit. Gerakkan tangan kamu dan lakukan senaman tekan tubi untuk mengekalkan aliran darah yang lancar di kawasan tersebut.
Bolehkah saya besarkan payudara?
Berdiri di depan cermin dan kamu mungkin akan nampak yang kedua-dua payudara kamu tak sama. Satu payudara mungkin akan lebih besar dari yang satu lagi. Puting kamu juga mungkin berbeza. Jangan risau, sebab ini adalah normal. Ingat perbezaan ini dan periksa payudara kamu dari masa ke semasa. Perhatikan sebarang perubahan.
Memang tak ada payudara yang bersaiz atau berbentuk sempurna. Selepas baligh, saiz payudara kamu mungkin berubah bergantung kepada berat badan yang berkurangan atau bertambah. Semasa kehamilan, payudara kamu akan mula menghasilkan susu dan akan menjadi besar. Senaman akan memperbaiki rupa payudara kamu dengan meningkatkan saiz otot yang terletak di bawahnya. Sesetengah wanita mungkin melakukan pembedahan untuk membuatkan payudara mereka lebih besar. Semakin kamu dewasa, kamu mungkin berpendapat yang payudara besar membuatkan kamu lebih cantik atau rasa puas. Ini mungkin betul tetapi berperawakan menarik sebenarnya jauh lebih hebat apabila kamu dan orang sekeliling kamu menerima tubuh kamu seadanya.
Adakah pemakaian coli akan menyebabkan kanser payudara?
Ia tidaklah terbukti benar. Kanser payudara disebabkan gabungan gen tertentu dan juga faktor lain seperti merokok dan berat badan berlebihan. Wanita yang mempunyai ibu, kakak atau ibu saudara yang mempunyai sejarah kanser payu dara, perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan awal. Jadi, tak apa memakai coli kerana ia menyokong payu dara kamu dan memberikan postur yang baik.
Posted by Unknown at 11:50 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Gadis Remaja & Baligh


Baligh merupakan satu tempoh dalam hidup seseorang yang muda remaja apabila tubuh mula mengalami perubahan. Masa inilah tubuh kamu akan menghantar signal menandakan sesuatu sedang berlaku. Kamu mungkin tidak faham sepenuhnya apa yang berlaku tapi kamu tahu yang ia semakin mendekatkan kamu melangkah ke alam dewasa.
Apa yang terjadi semasa baligh?
Sekiranya terdapat satu bahagian daripada badan kamu yang bekerja lebih masa semasa kamu baligh, ia tentulah otak. Otak merupakan perancang dan satu-satunya mesin baligh. Tidak begitu difahami bagaimana otak tiba-tiba ‘tersedar’ dan memutuskan yang tibalah masanya untuk kamu melalui semua perubahan ini. Ia mungkin disebabkan yang otak telah terbentuk sepenuhnya dan sudah bersedia untuk menjadikan kamu selangkah lebih dekat menuju alam dewasa.
Baligh sebenarnya merupakan satu tahap atau proses. Ia merupakan bahagian dalam hidup kamu yang membuatkan kamu lebih matang secara seksual. Ia mula apabila otak membebaskan bahan kimia yang dipanggil hormon pelepasan. Hormon-hormon ini kemudiannya menghantar signal kepada bahagian kecil otak yang dipanggil kelenjar pituitari. Kelenjar ini melekat pada otak seperti satu ranting kecil, sama seperti buah yang melekat pada ranting pokok. Selepas menerima signal dari otak, pituitari membebaskan hormon perangsang. Hormon-hormon perangsang ini, kemudiannya merangsang ovari gadis dan testis budak lelaki untuk mula mengeluarkan hormon seks.
Hormon-hormon seks ini dibebaskan secara meningkat oleh ovari atau testis. Ia lah yang bertanggungjawab terhadap kebanyakan perubahan yang dialami oleh tubuh kamu.
Baligh: Apa yang akan berlaku?
Gambar-gambar bayi tu dah mula nampak ‘old school’. Kamu mungkin sedikit malu nak tunjukkannya pada rakan kamu. Banyak yang dah berubah. Kamu tak lagi debab dan nampak sangat berbeza!
Baligh berlaku sedikit demi sedikit. Ia bermula sekitar kamu berumur 10 atau 11. Ia berlaku tanpa kamu sedari. Otak dan struktur lain dalam tubuh seperti organ seks dan kelenjar adrenal mula membebaskan hormon seks semasa tidur. Kalau nak tahu, peningkatan hormon seks daripada otak kamu kebanyakannya berlaku ketika kamu tidur. Ketika peringkat awal baligh, kamu mungkin tidak akan perasan sebarang perubahan pada tubuh.
Baligh berlaku tanpa halangan untuk menunjukkan ia semakin meningkat dari satu fasa ke fasa setersunya. Perubahan yang berlaku pada tubuh kamu mungkin berlaku serentak. Walau bagaimanapun, setiap fasa mempunyai tanda besarnya yang tersendiri yang memberitahu kamu kematangan seksual akan dicapai.
Peringkat Awal Baligh
  • Payudara mula membesar
  • Untuk gadis, lemak mula berkumpul di pinggul, lengan dan peha
  • Ketinggian mula bertambah
  • Semasa tidur, tubuh kamu membebaskan lebih banyak hormon perangsang
Peringkat Pertengahan Baligh
  • Hormon perangsang dan hormon seks terus bertambah dalam tubuh walaupun semasa kamu berjaga
  • Kamu mungkin mencapai ketinggian paling maksimum
  • Payudara makin membesar
  • Terdapat lelehan vagina
  • Bulu pubik mula tumbuh. Ketiak juga ditumbuhi bulu
  • Perubahan kulit dapat dilihat dan mula mengalami masalah jerawat
Peringkat Akhir Baligh
  • Gadis remaja mula mendapat period mereka
Perubahan pada Tubuh semasa Baligh
Perubahan Payudara - Payudara kamu akan mula “menguntum” apabila kamu berumur 10 tahun. Ini bermakna kamu akan mula melihat kawasan bulat yang mengelilingi puting kamu menjadi semakin besar dan berwarna gelap. Bahagian dada kamu yang sebelum ini leper, mula membukit sedikit. Apabila payudara kamu mula untuk mengembang, kamu mungkin datang haid dalam masa beberapa tahun lagi. Pada umur 13 atau 14, payudara kamu akan mengembang sempurna. Perubahan payudara semasa baligh disebabkan oleh pembebasan estrogen dalam tubuh.

Pertambahan Bulu - Semasa baligh, seseorang itu akan mengalami pertumbuhan bulu di vulva dan ketiak. Sesetengah wanita juga mungkin akan ditumbuhi bulu-bulu halus di atas mulut, lengan dan kaki. Bulu pada ketiak akan mula tumbuh sebaik sahaja bulu pubik tumbuh. Bulu pubik akan tumbuh sekitar umur 11 atau 12. Masa inilah seorang gadis akan melihat terdapatnya lelehan vagina pada seluar dalamnya
Perubahan Kulit - Perubahan kulit bermula seawal umur 11 atau 12. Ini mungkin termasuk perubahan tekstur kulit. Kekasaran atau minyak tertentu mungkin dapat dirasai apabila seseorang memegang kulit. Kulit pada dahi dan hidung juga mungkin kelihatan berkilat. Kamu mungkin menyukai atau membenci kulit kamu yang berkilat ini. Ia berlaku di peringkat awal remaja kerana kelenjar minyak aktif telah mengeluarkan minyak atau sebum sepenuhnya. Lebihan minyak pada muka kamu boleh menyebabkan pori yang besar yang akhirnya menyebabkan jerawat
Bau Badan - Semasa baligh, badan kamu mula membebaskan sejumlah kecil hormon lelaki. Ketika hormon ini meningkat pada umur tertentu, bulu mula tumbuh dan kelenjar peluh khas di ketiak, tapak tangan dan kaki mula menjadi aktif. Kelenjar ini menghasilkan sejenis minyak istimewa dan tidak seperti peluh, ia membebaskan bau yang berlainan. Lebihan bulu pada tubuh kamu mula memerangkap peluh. Bakteria pada kulit akan rasa selesa dan mula membiak. Bakteria, peluh dan minyak yang bergabung kemudiannya menyebabkan bau badan. Haa begitulah bau busuk terjadi!
Posted by Unknown at 10:47 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 24, 2012

Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama


Seks memang indah tetapi bagaimana pula sekiranya tubuh tidak memungkinkan seorang suami mahupun isteri untuk menikmatinya. Sebagai langkah pertama, jangan sekali-sekali abaikan kesihatan termasuklah perihal makanan, riadah dan istirahat yang secukupnya. Usahakan agar makanan yang disajikan sehari-hari menepati nutrisi yang diperlukan. Lantaran itu, usah bimbang sekiranya hubungan asmara anda semakin ‘senja’.
Read more »
Posted by Unknown at 3:05 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

fakta-fakta Menarik di Sebalik Payudara Wanita

payudara mungkin menjadi bahagian yang paling indah dari tubuh wanita. Bukan sahaja membangkitkan hasrat seksual, payudara juga melambangkan keindahan dan kewanitaan.

Payudara wanita mulai tumbuh ketika memasuki masa akil baligh. Selama akil baligh, kadar hormon dalam tubuh mengalami perubahan menyebabkan payudara mula membesar dan mengalami pertumbuhan, serta tanda bermulanya tempoh haid.

Ini beberapa fakta menarik mengenai payudara wanita, seperti disiarkan timesofindia, Rabu (4/1/2012):


Read more »
Posted by Unknown at 3:03 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kelebihan Wanita Berbuah Dada Kecil dan Sederhana

Read more »
Posted by Unknown at 2:40 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tips Untuk Mengorat Awek

Read more »
Posted by Unknown at 2:23 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wanita Memang Suka Dirogol

Read more »
Posted by Unknown at 2:21 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ini Dia Sebaik-Baik Waktu Untuk Berhubungan Seks


Pasangan suami isteri umumnya sering berhubungan seks dimalam hari, setelah selesai melakukan aktiviti di siang harinya. Namun satu kajian terbaru mendapati bahawa masa yang terbaik untuk itu adalah jam 7.30 pagi.
Read more »
Posted by Unknown at 2:15 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Petua Menegangkan Payudara



Read more »
Posted by Unknown at 2:11 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Inilah 6 Cara Paling Popular Memeluk Pasangan

Sesungguhnya hubungan dan keintiman suami isteri amatlah penting, yang belum ada apa-apa ikatan pernikahan tu jangan pulak pandai-pandai main peluk macam ni..
Read more »
Posted by Unknown at 2:07 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

5 bahagian tubuh badan wanita yang suka dicium


Read more »
Posted by Unknown at 2:01 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Rahsia cara ketahui lelaki masih teruna atau tidak


Read more »
Posted by Unknown at 1:58 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kesan memakai pakaian dalam semasa tidur


‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Read more »
Posted by Unknown at 1:52 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 1, 2012

PMS: Bukan Hal Main-main!


Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.
Read more »
Posted by Unknown at 2:50 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Perihal Senggugut

Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja.
Read more »
Posted by Unknown at 2:46 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Period: Berapa Banyak, Bila?

Sebaik sahaja kamu lebih mengenali kitaran haid kamu, kamu akan tahu apa yang normal dan apa yang luar biasa. Sekiranya kamu seorang atlit atau menjalani diet yang keterlaluan baru-baru ini, kamu mungkin melihat terdapatnya perubahan pada kitaran haid kamu. Apabila perubahan ini berlaku, kamu mungkin perlu diperiksa oleh doktor untuk mengetahui penyebabnya.
Read more »
Posted by Unknown at 2:43 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

islamic

ape cer???


Shoutbox

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2012 (25)
    • ▼  June (1)
      • Berdosa abai ibu bapa
    • ►  March (7)
      • Usah buka aib insan lain
      • Hiburan Islam didik jiwa
      • Fahami doa minta Allah tunjukkan jalan lurus
      • Sifat pemaaf mampu elak perpecahan
      • Hiburan positif tenangkan jiwa
      • 10 Sahabat Rasulullah S.A.W yang di jamin masuk SY...
      • kePentingan Mentaati Rasulullah SAW
    • ►  February (3)
      • Awak, boleh jadi awek saya???
      • Perubahan Payudara: Ketahui Setiap Tahap
      • Gadis Remaja & Baligh
    • ►  January (14)
      • Cara Kembalikan Kehangatan Malam Pertama
      • fakta-fakta Menarik di Sebalik Payudara Wanita
      • kelebihan Wanita Berbuah Dada Kecil dan Sederhana
      • Tips Untuk Mengorat Awek
      • Wanita Memang Suka Dirogol
      • Ini Dia Sebaik-Baik Waktu Untuk Berhubungan Seks
      • Petua Menegangkan Payudara
      • Inilah 6 Cara Paling Popular Memeluk Pasangan
      • 5 bahagian tubuh badan wanita yang suka dicium
      • Rahsia cara ketahui lelaki masih teruna atau tidak
      • Kesan memakai pakaian dalam semasa tidur
      • PMS: Bukan Hal Main-main!
      • Perihal Senggugut
      • Period: Berapa Banyak, Bila?
  • ►  2011 (69)
    • ►  December (30)
    • ►  November (39)
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

AA

Travel theme. Theme images by tillsonburg. Powered by Blogger.