Followers
Tuesday, December 27, 2011
Sunday, December 25, 2011
Tentang Darah: Kehilangan Darah & Kekurangan Zat Besi
Kamu akan kehilangan darah yang sedikit semasa period. Ia biasanya antara 2 sudu kecil hinggalah 5 sudu besar darah. Kadang-kadang ia mungkin nampak banyak terutamanya bila kamu nampak kesan darah yang besar pada tampon atau tuala wanita. Jangan risau. Ia memerlukan lebih daripada kehilangan 5 sudu besar darah untuk kamu mendapat simptom yang bakal memerlukan pemeriksaan doktor.
Permulaan Baru Buat Kamu
Sebaik sahaja budak perempuan mencecah umur 11 atau 12, mereka mula didatangi period. Biasa juga untuk sesetengah budak perempuan didatangi period kali pertama seawal umur 9 atau 10. Tapi awas, sekiranya kamu dah berumur 16 dan masih belum didatangi period, kamu perlu berjumpa dengan doktor.
Asas Kitaran Haid
Dalam beberapa hari sebulan, kamu mungkin rasa sedikit kembung dan moody. Ini menandakan permulaan kitaran haid kamu, iaitu apabila period tiba. Bagi kebanyakan wanita, ia berlaku pada setiap bulan. Ia mungkin tidak terlalu kerap bagi sesetengah wanita yang lain.
Wednesday, December 14, 2011
Tuesday, December 13, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)

