-->
BUATMU kaum IBU

Followers

Wednesday, November 30, 2011

untuk mu sekalian ADAM!

Adam.....
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian.



Wahai Adam....
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.


Adam...
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.


Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi...aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.


Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.


Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumahseluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?


Adam...
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini


Adam...
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa

Posted by Unknown at 10:16 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

islamic

ape cer???


Shoutbox

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (25)
    • ►  June (1)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (14)
  • ▼  2011 (69)
    • ►  December (30)
    • ▼  November (39)
      • HIKMAT AYAT 1000 DINAR
      • CARA TUDUNG ISLAM- tudung bersanggul tegahan Rasul...
      • SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDIN...
      • DOA PENGASIH
      • DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSE...
      • Siapakah Bidadari Syurga?
      • untuk mu sekalian ADAM!
      • Nak Tahu Wanita Tu Masih Dara?
      • Makna apabila sakit mendatang
      • Maafkan kami ya Rasulullah
      • Cara Nabi jaga kesihatan diri
      • Waktu mustajab untuk berdoa
      • Kasihi, selalu dekati anak
      • Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki
      • Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka
      • Asia kurang 117j wanita
      • Aisyah ra
      • ƸӜƷ ♥ DOA SEORANG ADAM♥ƸӜƷ ♥
      • HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT DALAM ISLAM.
      • hargailah dirimu...
      • HUKUM MENCUKUR BULU KENING,BULU KAKI DAN BULU ROMA...
      • Buat renungan bersama....
      • hawa oh hawa
      • Hukum Isteri Meleteri Suami ......
      • Personaliti ibubapa yang cemerlang
      • Azab anak derhaka hadapi sakaratul maut
      • Maksiat yang disegerakan balasannya..
      • Menjaga Kepercayaan Pasangan
      • Seandainya dia bukan milikku lagi...
      • Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka
      • 8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
      • Mencari Ketenangan Jiwa
      • Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki
      • 10 Tips Pikat Lelaki
      • duhai wanita...
      • 3 Sikap Buat Wanita Nampak Hodoh
      • Bagaimana Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita?
      • Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam
      • suami istry...
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

AA

Travel theme. Theme images by tillsonburg. Powered by Blogger.