-->
BUATMU kaum IBU

Followers

Wednesday, November 30, 2011

Asia kurang 117j wanita

HANOI: Peningkatan akses kepada teknologi yang membolehkan ibu bapa mengetahui jantina janin mereka menyebabkan Asia kekurangan 117 juta wanita, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, semalam.
Menurut PBB, kecenderungan itu - terutama di China dan India - dijangka memberi kesan kepada negara Asia untuk tempoh lebih 50 tahun lagi.


Pakar demografi Perancis, Christophe Guilmoto, berkata ketidakseimbangan jantina itu menunjukkan pasangan ibu bapa lebih suka mendapat anak lelaki.
“Maklumat mengenai jantina janin melalui teknologi ultrabunyi mendorong banyak pasangan melakukan pengguguran terpilih,” katanya di persidangan anjuran PBB dan Vietnam, semalam.

Di kebanyakan negara, nisbah jantina bayi yang dilahirkan berbeza di antara 104 dan 106 untuk lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan.

Bagaimanapun, kertas persidangan dikeluarkan PBB menyatakan, kadar itu meningkat di beberapa negara Asia sejak 25 tahun lalu.


Jurang perbezaan paling ketara dikesan di China dan India.

Bagi China, nisbah kelahiran sejak beberapa tahun lalu ialah 118.1 bayi lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan, manakala India 110.6, Azerbaijan 117.6 dan Vietnam 111.2.
Sementara itu, kata Guilmoto, diskriminasi pascakelahiran - diambil berdasarkan kadar kematian di kalangan bayi dan budak perempuan - tidak lenyap sepenuhnya di beberapa negara.

“Ia membayangkan kanak-kanak perempuan diabaikan secara relatif,” katanya. - AFP
Posted by Unknown at 2:56 AM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

islamic

ape cer???


Shoutbox

About Me

Unknown
View my complete profile

Blog Archive

  • ►  2012 (25)
    • ►  June (1)
    • ►  March (7)
    • ►  February (3)
    • ►  January (14)
  • ▼  2011 (69)
    • ►  December (30)
    • ▼  November (39)
      • HIKMAT AYAT 1000 DINAR
      • CARA TUDUNG ISLAM- tudung bersanggul tegahan Rasul...
      • SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDIN...
      • DOA PENGASIH
      • DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSE...
      • Siapakah Bidadari Syurga?
      • untuk mu sekalian ADAM!
      • Nak Tahu Wanita Tu Masih Dara?
      • Makna apabila sakit mendatang
      • Maafkan kami ya Rasulullah
      • Cara Nabi jaga kesihatan diri
      • Waktu mustajab untuk berdoa
      • Kasihi, selalu dekati anak
      • Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki
      • Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka
      • Asia kurang 117j wanita
      • Aisyah ra
      • ƸӜƷ ♥ DOA SEORANG ADAM♥ƸӜƷ ♥
      • HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT DALAM ISLAM.
      • hargailah dirimu...
      • HUKUM MENCUKUR BULU KENING,BULU KAKI DAN BULU ROMA...
      • Buat renungan bersama....
      • hawa oh hawa
      • Hukum Isteri Meleteri Suami ......
      • Personaliti ibubapa yang cemerlang
      • Azab anak derhaka hadapi sakaratul maut
      • Maksiat yang disegerakan balasannya..
      • Menjaga Kepercayaan Pasangan
      • Seandainya dia bukan milikku lagi...
      • Petua Untuk Mengubat Hati Yang Luka
      • 8 Sikap Wanita yang Disukai Lelaki
      • Mencari Ketenangan Jiwa
      • Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki
      • 10 Tips Pikat Lelaki
      • duhai wanita...
      • 3 Sikap Buat Wanita Nampak Hodoh
      • Bagaimana Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita?
      • Kemuliaan Ibu Mengandung Dalam Islam
      • suami istry...
Dynamic Blinkie Text Generator at TextSpace.net

AA

Travel theme. Theme images by tillsonburg. Powered by Blogger.